2 kenalan bapa disyaki rogol remaja lembam

2 kenalan bapa disyaki rogol remaja lembam

Kejadian itu dikatakan berlaku berulang kali ketika suspek berkenaan menumpang di rumah bapa mangsa.

Perbuatan dipercayai rogol itu hanya disedari bapanya ketika mangsa mengadu sakit perut dan pinggang dan pemeriksaan mendapati terdapat kesan anaknya pernah melakukan hubungan seks. (Gambar AFP)
PETALING JAYA:
Seorang bapa membuat laporan polis mendakwa dua kenalannya merogol beberapa kali anak perempuannya berusia 13 tahun yang juga orang kurang upaya (OKU) lembam.

Ketua Polis Cheras Zam Halim Jamaluddin, berkata kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

“Kita telah menerima laporan polis yang dibuat bapa mangsa di Balai Polis Bukit Jalil pada Selasa lalu.

“Kes ini diserah dan disiasat Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita, Penderaan dan Kanak-kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut,” lapor Kosmo.

Memetik sumber, kejadian dipercayai berlaku ketika kedua-dua suspek menumpang di rumah mangsa sekitar Bukit Jalil.

Katanya, bapa mangsa hanya mengetahui perkara jijik itu selepas anaknya berusia 13 tahun mengadu sakit perut dan pinggang.

Menurut sumber terbabit, susulan itu, bapanya membawa anaknya melakukan pemeriksaan dan mendapati terdapat kesan anaknya pernah melakukan hubungan seks.

“Lebih menyedihkan apabila mangsa memberitahu telah dirogol beberapa kali oleh kedua-dua suspek ketika bapanya tiada di rumah,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.