Protes jalanan diganti kempen besar-besaran #KerajaanGagal

Protes jalanan diganti kempen besar-besaran #KerajaanGagal

Penganjur akan mengumumkan satu siri kempen yang dirancang diadakan di seluruh negara.

Perhimpunan anjuran @Kerajaangagal di Dataran Merdeka pada Julai tahun lalu bagi membantah cara kerajaan menangani krisis Covid-19.
PETALING JAYA:
Himpunan #KerajaanGagal yang dijadualkan berlangsung esok akan digantikan pelancaran kempen besar-besaran.

Penganjur himpunan itu berkata, satu siri kempen di seluruh negara akan diumumkan pada 3 petang esok.

“Mengambil semangat musyawarah bersama rakan-rakan aktivis yang menggerakkan himpunan #KerajaanGagal, pihak sekretariat bersetuju mengambil pendekatan baharu dengan melancarkan kempen besar-besaran terhadap kegagalan pemerintah,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, kempen #KerajaanGagal bertujuan meningkatkan kesedaran rakyat terhadap kerajaan yang didakwa gagal dalam mentadbir negara.

#KerajaanGagal bermula dengan tanda pagar Twitter yang mendapat perhatian di media sosial sejurus selepas Muhyiddin Yassin menjadi perdana menteri.

Pada 12 Julai lalu, protes #KerajaanGagal diumumkan dan dijadualkan berlangsung esok. Penganjur menggesa orang ramai menyertai himpunan itu bagi membantah kerajaan yang didakwa gagal, termasuk dalam isu kenaikan harga barang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.