
Bagaimanapun, memastikan perlindungan untuk diri sendiri, atau meletakkan pelan sandaran ketika bercuti sebenarnya satu langkah bijak.
Sebagai contoh, Annie (bukan nama sebenar) yang terpaksa menunda perjalanannya ke London disebabkan pandemik Covid-19. Apabila akhirnya impian bercuti ke situ tercapai, beliau terjatuh dan cedera di lutut kiri.
Annie berkata, beliau tertekan kerana tidak tahu apa yang patut dilakukan, ditambah pula kesakitan teruk akibat kecederaannya menyebabkan beliau panik.
“Saya berjaya ke sebuah hospital di London dan menemui seorang pakar bedah ortopedik yang memberikan ubat-ubatan untuk meredakan kesakitan. Sebaik kembali ke Kuala Lumpur, saya cuma menjalani rawatan susulan, dan mujur kini keadaan lutut saya jauh lebih baik,” katanya.
Bil perubatannya berjumlah RM7,500, dengan Annie membuat tuntutan daripada Tune Protect Travel Insurance yang dibelinya – dan beliau mengakui amat bersyukur membuat keputusan itu.
“Kos rawatan perubatan saya bukanlah kecil, malah jauh tinggi berbanding harga tiket penerbangan ke London. Pembelian insurans perjalanan memang satu tindakan bijak, khususnya jika mahu ke luar negara. Hakikatnya, malang tak berbau,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi pengembara, Benjamin (bukan nama sebenar) mendapat rezeki tidak disangka daripada penerbangan ditunda kerana dilindungi insurans. Beliau dijadualkan terbang ke Bangkok, tetapi hanya dimaklumkan penerbangannya akan ditunda selama 24 jam, setibanya di lapangan terbang.
Sekalipun perancangannya “tergelincir”, beliau dan rakan-rakan menaiki penerbangan yang dijadualkan semula dan selamat mendarat di destinasi mereka.
“Mujur Tune Protect membayar kami pampasan untuk penangguhan itu, dan saya menerima RM800. Proses tuntutan juga begitu mudah dan lancar kerana saya hanya perlu menyerahkan dokumen diperlukan.”
“Bila difikirkan semula, memang saya membuat keputusan betul membeli insurans perjalanan, walaupun sebenarnya mahu menjimatkan kos apabila memikirkan inflasi dan keinginan mendapat pakej percutian lebih baik.
“Bagaimanapun berbaloi apabila melihat jumlah pampasan yang diterima berbanding apa yang dibayar sebenarnya. Sudah pasti selepas ini saya akan terus membeli insurans perjalanan, khususnya ketika era ini apabila Covid-19 masih berleluasa dan penerbangan boleh ditunda atas sebarang sebab,” katanya.
Perkara itu dipersetujui Ketua Pegawai Eksekutif Tune Protect Malaysia, Jubin Mehta yang berkata, pandemik mengakibatkan perubahan pola pemikiran dalam kalangan orang ramai. Kini pengembara lebih menyedari insurans perjalanan sebenarnya komponen kritikal disebabkan ketidakstabilan dalam keseluruhan rantaian nilai perjalanan.
“Walaupun kita kini dalam peringkat endemik, hakikatnya Covid-19 masih ada dan nilai perlindungan perjalanan sudah meningkat. Pengembara mahu memastikan perjalanan mereka tiada gangguan atau tekanan.
“Pengembara turut menghadapi cabaran lain, seperti penangguhan penerbangan dan bagasi hilang, yang mungkin mengakibatkan perubahan dalam perancangan mereka. Tanpa perlindungan sewajarnya, mereka mungkin mengalami kerugian terlalu tinggi yang tidak tertanggung,” katanya.

Menurut Jubin, Tune Protect merupakan organisasi tangkas dengan latar belakang teknologi kukuh, dan disokong platform teknologi dalaman yang mampu memperkasakan pelbagai barisan produk.
“Sebagai penanggung insurans, kami menawarkan penyelesaian sehenti yang tidak diberikan kebanyakan penyedia konvensional. Kami membawa kelainan dengan memudahkan produk dan pengalaman untuk pengguna, selain menawarkan perlindungan insurans kecil pada kadar premium berpatutan yang menyasarkan golongan ‘Millenial’ serta Gen-Z.”
Tambahnya, Tune Protect menawarkan pelbagai produk kesihatan, gaya hidup dan perusahaan kecil sederhana (PKS) untuk pasaran tempatan. Semua produknya boleh diakses dari laman sesawang dan aplikasi mudah alihnya.
“Walaupun kami antara pemain industri yang lebih kecil dalam pasaran Malaysia, kedudukan kami boleh dikatakan kukuh dalam keseluruhan segmen insurans peribadi (PA).
“Berdasarkan data terkini Insurance Services Malaysia (ISM), kami di kedudukan ketujuh daripada 21 syarikat Insurans Am di Malaysia. Sebagai tambahan, hasil kajian iBanding mendapati produk Travel dalam talian kami, Travel Insurance Malaysia for Everyone – Tune Protect Travel Easy diiktiraf sebagai insurans perjalanan kedua terbaik bagi segmen Malaysia. Ini seterusnya mengukuhkan lagi kedudukan kami dalam segmen PA di Malaysia,” katanya.
Selain itu, Jubin berkata syarikat berkenaan menyediakan perlindungan Covid-19 meluas untuk pengembara, termasuk bagi perbelanjaan perubatan, kuarantin, penjejasan waktu perjalanan, dan senario tidak diduga lain.
“Manfaat-manfaat ini meliputi perbelanjaan perubatan sehingga RM250,000 bagi individu, dan RM750,000 bagi sekeluarga. Sebagai tambahan, ia memberikan RM350 sehari bagi kemasukan ke hospital kerana Covid-19, pembatalan perjalanan dan penjejasan waktu perjalanan akibat Covid-19, pemindahan kecemasan di luar negara, penghantaran pulang, dan lain-lain lagi.”

Sementara itu, Jubin berkata syarikat itu kini bersedia memasuki fasa paling menguja, dalam pada pasukannya terus mewujudkan dan menginovasi produk lebih menarik untuk segmen pasaran berbeza.
“Orang ramai boleh menantikan lebih banyak penyelesaian insurans berpatutan dan mudah diakses dalam pasaran tidak lama lagi. Ini akan merangkumi produk kesihatan yang dijadual dilancarkan pada pertengahan suku tahun ketiga. Malah ada produk lain dalam perancangan juga,” katanya.
Untuk maklumat lanjut, layarilah Travel Insurance Malaysia for Everyone – Tune Protect Travel Easy.