Lelaki pukul isteri guna kerusi ditahan

Lelaki pukul isteri guna kerusi ditahan

Kejadian dipercayai berpunca perselisihan faham antara mangsa berusia 32 tahun dengan suaminya sebelum lelaki itu mengambil kerusi dan memukulnya.

Polis berkata suspek ditahan Selasa lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
PETALING JAYA:
Seorang lelaki ditahan kerana didakwa memukul isteri menggunakan kerusi dalam kejadian di Taman Pinggiran USJ, pada Selasa.

Kejadian dipercayai berpunca perselisihan faham antara mangsa berusia 32 tahun dengan suaminya, pada 6.30 petang.

Ketua Polis Subang Jaya, Abd Khalid Othman, berkata pertengkaran itu berakhir apabila suspek bertindak memukul isterinya dengan kerusi menyebabkan mangsa cedera di kepala dan lebam di seluruh badan.

“Susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan polis polis untuk tindakan selanjutnya.

“Bertindak atas laporan, polis berjaya menahan suspek pada 10.30 malam Selasa lalu dan dirempat empat hari bermula kelmarin,” katanya menurut Berita Harian.

Khalid berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, dan Seksyen 326 pula memperuntukkan hukuman maksimum dua kali ganda bagi sabitan mengikut Seksyen 323.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.