
Beliau berkata, pengumuman itu akan dibuat selepas melihat beberapa perkara berkaitan tempoh waktu kerja, cuti dan pelbagai perkara lain.
“Itu minta tunggu lagi seminggu, saya akan buat pengumuman khas sebab banyak benda nak kena lihat dari segi waktu kerja, cuti, dari segi peranan kementerian, agensi kawal selia lain,” katanya pada sidang media selepas menjadi panelis program Minda Profesor Negara.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar yang memetik sumber berhubung pengurangan waktu kerja dari 48 ke 45 jam seminggu yang dijangka ditunda buat masa ini.

Menurut laporan itu, wakil industri dan perniagaan telah berjumpa dengan Saravanan baru-baru ini dan menteri bersetuju bahawa pengurangan waktu kerja tidak akan dilaksanakan mulai 1 Sept.
Sebelum ini, Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) meminta kerajaan menunda pelaksanaan pengurangan waktu kerja yang pada asalnya dijadual dilaksanakan mulai 1 Sept ini.
Minggu lalu, Dewan Negara diberitahu pindaan Akta Kerja 1955 berhubung pengurangan waktu kerja mingguan dari 48 ke 45 jam akan berkuat kuasa 1 Sept ini.
Pewartaan tarikh kuat kuasa akta itu dijangka dibuat dalam tempoh terdekat.