‘Beli tiket RM500 tapi nampak semut’, peminat Billie Eilish kecewa

‘Beli tiket RM500 tapi nampak semut’, peminat Billie Eilish kecewa

Peminat yang membayar harga tiket sehingga RM508 berkata mereka hampir tidak dapat melihat bintang itu di atas pentas di Bukit Jalil malam tadi.

Salah seorang penonton konsert berkata ‘Saya datang untuk melihat Billie Eilish, tapi yang saya nampak seperti seekor semut’.
PETALING JAYA:
Peminat Billie Eilish mengkritik penganjur konsert penyanyi itu, “Happier Than Ever, The World Tour” di media sosial berhubung susunan tempat duduk yang kurang memuaskan di Stadium Bukit Jalil, malam tadi.

Peminat terbabit, yang ada antaranya membayar tiket berharga RM508, mengatakan mereka hampir tidak dapat melihat bintang antarabangsa itu di atas pentas.

Salah seorang yang ingin dikenali sebagai Aimy berkata, hanya sebilangan kecil penonton dibenarkan melihat penyanyi itu dari dekat di ruang berdiri.

Tiket untuk ruang berdiri berharga RM598.

“Saya datang untuk melihat Billie Eilish, tapi yang saya nampak seperti seekor semut,” katanya kepada FMT.

Sementara itu, warganet turut mengatakan sistem bunyi itu berkualiti rendah dan tidak memenuhi jangkaan mereka untuk konsert sebegini.

Seorang lagi penonton, Rahmat Mohammad Did yang mewakili Music Addicts Malaysia berkata, ini kerana mereka yang duduk berada kira-kira “setengah km” dari pentas.

“Tidak mungkin bunyi akustik akan membenarkan bunyi pergi sejauh itu. Itu gila,” katanya kepada FMT.

Dia turut mempersoalkan mengapa penganjur memilih stadium untuk mengadakan konsert, sambil berkata persembahan di luar negara diadakan dalam arena.

“Jelajah itu bermula pada Mac. Mereka mempunyai masa secukupnya untuk memikirkan tempat sesuai namun memilih stadium.

“Kami tidak mempunyai ramai penonton di sini tetapi ingin mengikut apa yang orang buat di luar negara. Namun, kita tidak faham asas-asas akustik. Ia memalukan,” katanya.

Eilish akan meneruskan jelajahnya di Singapura pada Ahad.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.