Kes buli MRSM Kuantan: Polis teruskan siasatan

Kes buli MRSM Kuantan: Polis teruskan siasatan

Ketua Polis Kuantan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata kes itu telah selesai dan tindakan menconteng baju serta dakwaan tindakan menggunting rambut dilakukan oleh anak pengadu itu sendiri.

Ketua Polis Kuantan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pihaknya sedang menunggu laporan forensik berhubung contoh tulisan dan perkara berkaitan dalam kes berkenaan.
PETALING JAYA:
Polis masih meneruskan siasatan berhubung kes buli membabitkan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MSRM) Kuantan, Pahang sekaligus menafikan dakwaan pengguna media sosial bahawa kes itu telah selesai.

Ketua Polis Kuantan, Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata pihaknya sedang menunggu laporan forensik berhubung kes tersebut.

“Siasatan lanjut dilakukan berkaitan hubung kait dengan contoh tanda tangan ataupun tulisan yang kita temukan selepas kejadian. Jadi kita tunggu laporan forensik,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas posting di media sosial bahawa kes itu telah selesai dan tindakan menconteng baju serta dakwaan tindakan menggunting rambut dilakukan ketika tidur dilakukan oleh anak pengadu itu sendiri.

Bagaimanapun, semakan FMT mendapati hantaran berkenaan telah dipadam.

Sebelum ini ini Wan Zahari mengesahkan tiada sebarang elemen gengsterisme dipercayai wujud dalam kes buli berkenaan.

Polis menerima dua laporan daripada ibu mangsa dan warden sekolah berhubung kes itu.

Terdahulu, wanita yang dipercayai ibu mangsa mendakwa menerusi akaun Facebook bahawa baju sekolah anaknya diconteng dan rambut digunting ketika tidur.

Beliau mendakwa wujud perbuatan khianat serta budaya gengsterisme di sekolah itu dan tiada sebarang tindakan diambil pihak pengurusan sekolah berhubung kes itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.