
Ini adalah jumlah kematian tertinggi sejak 20 April lalu yang merekodkan 16 kematian.
Angka korban akibat Covid-19 kini meningkat kepada 36,117 kematian secara keseluruhan.
Johor mencatatkan empat kematian, disusuli Melaka dan Perak masing-masing dengan tiga kematian.
Dua kematian direkodkan di Sabah, manakala Selangor, Pahang dan Sarawak masing-masing satu kematian.
Tiada kematian di negeri lain dan Kuala Lumpur, Putrajaya serta Labuan.
Jangkitan harian Covid-19 meningkat sedikit kepada 3,516 kes semalam berbanding 3,429 kes kelmarin.
Menurut data di laman sesawang CovidNow, kes baharu itu terdiri daripada 3,513 kes penularan tempatan dan tiga kes import.
Ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 meningkat kepada 4,744,929 kes.
Sehingga tengah malam tadi, terdapat 41,701 kes aktif Covid-19, termasuk 92 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 49 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
Daripada jumlah kes aktif itu, 96% atau 40,034 pesakit menjalani kuarantin di rumah, 41 kes atau 0.1% dirawat di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC), sementara 1,534 orang atau 3.7% menerima rawatan di hospital.
Seramai 2,541 pesakit dilaporkan sudah sembuh.
Satu kluster baharu direkodkan semalam, menjadikan keseluruhan 7,059 kluster, dengan 32 daripadanya masih aktif.