
Ketua Komunikasi Korporat PDRM, A Skandaguru berkata, bagaimanapun suspek bukan pegawai polis seperti yang didakwa dalam video yang tular menerusi berita TVOneNews di saluran YouTube mengenai penahanan itu.
“Hasil semakan mendapati suspek yang ditahan tersebut tidak pernah berkhidmat sebagai pegawai polis, sukarelawan polis atau polis bantuan.
Rekod turut mengesahkan suspek berkenaan mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan ugutan kekerasan dan menyamar sebagai polis,” katanya dalam satu kenyataan malam semalam.
Menurutnya, polis sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia berhubung kes terbabit dan bersedia menyalurkan maklumat yang diperlukan dalam usaha membanteras jenayah narkotik.
Terdahulu, tular video di media sosial mengenai penahanan tiga suspek lelaki yang mana seorang daripada mereka merupakan warganegara Malaysia dan didakwa seorang pegawai polis.