Pengasuh disyaki dera kana-kanak hingga mati ditahan

Pengasuh disyaki dera kana-kanak hingga mati ditahan

Pemeriksaan fizikal terhadap kanak-kanak tersebut mendapati, terdapat kesan calar dan lebam di dahi, mulut, hidung, mata, tangan serta bahagian belakang badan.

Ketua Polis Daerah Sentul Beh Eng Lai berkata, suspek kini direman selama 5 hari sehingga 20 Ogos untuk siasatan lanjut.
PETALING JAYA:
Seorang pengasuh berumur 40 tahun ditahan kerana disyaki mendera seorang kanak-kanak lelaki warga tempatan yang berumur 3 tahun di Mutiara Magna, Kepong semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul Beh Eng Lai berkata, pihaknya menerima panggilan daripada Sistem MERS 999 berkenaan kematian kanak-kanak lelaki tersebut lebih kurang 12.01 tengah hari, yang telah disahkan oleh pegawai paramedik Hospital Kuala Lumpur yang berada di tempat kejadian.

“Kanak-kanak itu terbaring di dalam katil kanak-kanak lengkap berpakaian.

“Pemeriksaan lanjut ke atas fizikal mangsa mendapati terdapat kesan luka di dahi, mulut dan hidung, kesan merah di bawah mata kiri, calar dan lebam pada bahagian belakang badan dan siku tangan kanan.

“Polis telah melakukan tangkapan ke atas seorang suspek berumur 40 tahun yang merupakan pengasuh kepada mangsa semenjak mangsa dilahirkan untuk membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan.

Beh berkata, suspek kini direman selama 5 hari sehingga 20 Ogos untuk siasatan lanjut dan kes telah diklasifikasikan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes itu boleh tampil menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.