Pekerja kontrak maut dihempap dinding konkrit runtuh

Pekerja kontrak maut dihempap dinding konkrit runtuh

Mangsa berusia 53 tahun disahkan maut oleh pasukan perubatan yang tiba di lokasi untuk memberi bantuan.

Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa tersepit bawah runtuhan konkrit. (Gambar Bomba)
PETALING JAYA:
Seorang pekerja kontrak yang juga memegang status pemastautin tetap maut selepas dihempap konkrit runtuh dalam kejadian di Jemima & Sungai Sendayan Estate, Springhill, Negeri Sembilan, hari ini.

Komander Operasi Bomba dan Penyelamat Mohamad Rosman Md Nor berkata, pihaknya menerima panggilan pada 3.54 petang mengenai kejadian itu.

“Sepasukan terdiri sembilan pegawai dan anggota bomba dari balai Port Dickson bergegas dan tiba di lokasi pada 4.15 petang.

“Sebaik tiba di lokasi, kami mendapati berlaku runtuhan melibatkan dinding batu menimpa seorang pekerja kontrak berusia 53 tahun.

“Mangsa berjaya dikeluarkan bawah runtuhan namun disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.” katanya dalam kenyataan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.