Jangkitan Covid-19 turun kepada 2,437 kes, 8 kematian

Jangkitan Covid-19 turun kepada 2,437 kes, 8 kematian

Seramai 3,658 pesakit dilaporkan sudah sembuh.

Sebanyak 42,203 kes aktif Covid-19 dilaporkan semalam, termasuk 81 pesakit yang ditempatkan di ICU, dengan 50 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Jangkitan harian Covid-19 menurun kepada 2,437 kes semalam berbanding 3,045 kes sehari sebelumnya.

Sebanyak lapan kematian dilaporkan semalam, termasuk dua kematian di luar fasiliti kesihatan (BID), berbanding lima kematian kelmarin.

Menurut data di laman sesawang CovidNow, kes baharu itu terdiri daripada 2,431 kes penularan tempatan dan enam kes import.

Ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 meningkat kepada 4,737,984 kes dan 36,093 kematian.

Sehingga tengah malam tadi, terdapat 42,203 kes aktif Covid-19, termasuk 81 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 50 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes aktif itu, 96% atau 40,525 pesakit menjalani kuarantin di rumah, 31 kes atau 0.1% dirawat di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC), sementara 1,566 orang atau 3.7% menerima rawatan di hospital.

Seramai 3,658 pesakit dilaporkan sudah sembuh.

Dua kluster baharu direkodkan semalam, menjadikan keseluruhan 7,054 kluster, dengan 29 daripadanya masih aktif.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.