Anggota penguat kuasa cedera dibelasah 2 lelaki

Anggota penguat kuasa cedera dibelasah 2 lelaki

Kejadian berlaku tengah malam ketika mangsa menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke rumah.

Polis berkata mangsa cedera di kepala dan membuat laporan di Balai Polis Tanah Merah.
PETALING JAYA:
Seorang anggota penguat kuasa Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) cedera selepas dipukul dua lelaki tidak dikenali dalam kejadian di Jalan Pasir Mas-Tanah Merah, Kelantan, malam tadi.

Kejadian berlaku jam 12.30 tengah malam ketika mangsa berusia 48 tahun menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

Timbalan Ketua Polis Tanah Merah, Mohd Razi Rosli berkata, sebaik tiba di lokasi, motosikal mangsa ditahan dua lelaki tersebut.

“Sebaik berhenti, mangsa terus dipukul kedua-dua suspek namun dia sempat melarikan diri sebelum membuat laporan di Balai Polis Tanah Merah,” katanya menurut Harian Metro.

Razi berkata, kejadian itu mengakibatkan mangsa cedera di kepala.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan dan pihaknya masih mengenal pasti motif kejadian dan identiti suspek.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.