
Satu kontrak akhirnya ditandatangani pada Julai 2014. BNS dijadualkan membina kapal-kapal berkenaan dengan bantuan syarikat Perancis, DCNS bermula 2015.
Kapal pertama dijangka siap menjelang April 2019 manakala baki lima kapal lagi dalam selang waktu enam bulan sehingga 2023.
Setelah lapan tahun berlalu, tiada satu pun kapal yang diserahkan kepada tentera laut. Apa yang berlaku? Siapa yang patut dipersalahkan? Apakah kesannya?
Garis masa dan kemajuan
Berdasarkan pelbagai laporan, kerja-kerja pembinaan bermula pada 2015. Garis masa perkembangan dan pembangunan projek tersebut adalah seperti yang berikut:

Skandal itu menjadi tajuk berita utama, dengan pelbagai pihak menggesa jawapan dan akauntabiliti berhubung kegagalan projek itu
Pemimpin PH menuntut bekas perdana menteri Najib Razak dan menteri pertahanan ketika itu, Ahmad Zahid Hamidi bertanggungjawab kerana projek itu dimulakan bawah pengawasan mereka.
Najib dan Zahid menolak dakwaan itu, sebaliknya menyalahkan PH atas kelewatan projek.
Turut timbul gesaan agar kerajaan menyahklasifikasi laporan mengenai projek itu dan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja.
Setakat ini, kerajaan bersetuju menyahklasifikasi laporan oleh jawatankuasa siasatan perolehan dan kewangan bawah ketua audit negara ketika itu, Ambrin Buang.
Putrajaya juga bersetuju menyahklasifikasi audit forensik oleh BNS mengenai projek itu, tertakluk kepada nasihat peguam negara dan ketua audit negara.
Pada Khamis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, ia telah melengkapkan siasatannya yang dijalankan sejak beberapa tahun lepas.
Beberapa kertas siasatan telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara dengan saranan agar individu tertentu yang mempunyai kaitan dengan projek itu didakwa.
Kisah skandal LCS ini masih berkembang, dengan ramai ahli politik dan pihak berkepentingan mengeluarkan kenyataan baharu setiap hari. Tidak pasti sama ada rakyat akan mendapat jawapan kepada soalan-soalan panas berhubung projek itu.