
Mangsa berusia 30-an ditemui orang ramai yang menghubungi polis memaklumkan kejadian itu.
Ketua Polis Kuala Selangor, Ramli Kasa, berkata anggotanya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 11.40 pagi.
Katanya, sebaik tiba di lokasi, pihaknya mendapati seorang lelaki warga tempatan ditemukan dalam keadaan tertiarap.
“Polis turut menemui sebuah motosikal dipercayai ditunggang mangsa semasa kejadian,” katanya menurut Bernama.
Ramli berkata, pasukan forensik turut menemukan beberapa kelongsong peluru di tempat kejadian, dan pemeriksaan pada tubuh mangsa mendapati terdapat beberapa kesan tembakan.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.