
Sehubungan itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Kedah, Hayati Othman berkata, penganjur akan dipanggil untuk memberi penjelasan.
“Saya menerima aduan mengenai penganjuran KFW22 yang menampilkan model dengan pakaian menjolok mata.
“Setakat semakan dibuat, penganjur didapati tidak memohon permit dan tidak mendapat kelulusan PBT.
“Pihak saya akan memanggil penganjur meminta penjelasan dan mengenakan tindakan sewajarnya,” katanya di Facebook.
Semalam, tular di media sosial gambar model wanita berpakaian menjolok mata pada KFW22 yang berlangsung selama tiga hari dari 5 hingga 7 Ogos lalu di sebuah pusat beli-belah di Alor Setar.
Susulan itu, warganet mengkritik dan mempersoalkan kepimpinan kerajaan negeri yang ditadbir PAS.