
Ketiga-tiga mayat mangsa ditemui tersangkut pada boya unjam, kira-kira 15km dari lokasi bot dinaiki terbalik, 3 petang ini.
Bagaimanapun, identiti ketiga-tiga mangsa belum diketahui setakat ini.
Terdahulu, media melaporkan lima lelaki termasuk tekong hilang, manakala seorang lagi terselamat selepas bot dinaiki mereka karam pada jarak 10 batu nautika dari Pulau Redang, Isnin lalu.
Bot nelayan tempatan dengan nombor pendaftaran TFA 124 dikatakan keluar dari Jeti Pasir Puteh, Kelantan.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu, Muhammad Suffi Mohd Ramli, berkata pihaknya yang menerima maklumat mengenai kejadian berkenaan jam 2 petang semalam mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) bagi mengesan bot berkenaan.