
Dalam kejadian pada 30 Jul, kesemua suspek berusia 15 hingga 17 tahun disyaki melakukan perbuatan khianat itu, kira-kira 2.30 pagi, dan ditangkap sehari kemudian.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Agus Salim Mohd Alias, berkata mereka tidak berpuas hati ditegur kerana kerap melepak di kawasan terbabit.
“Mereka dipercayai menggunakan botol berisi petrol untuk membakar khemah itu kerana tidak berpuas hati ditegur kerap melepak di kawasan tersebut,” lapor Kosmo.
Katanya, penahanan dilakukan selepas pihaknya menerima laporan berhubung kejadian khianat dengan api.
Beliau berkata, khemah dibakar itu dipasang bersama peralatan lain bagi program pencegahan jenayah anjuran persatuan penduduk setempat.
“Siasatan kemudian membawa kepada penahanan tiga remaja lelaki yang disyaki melakukan perbuatan itu pada awal pagi,” katanya.