
Aneesha Kaur Sidhu, 22, dan Bryan Tiew Guan Hoe, 19, tidak teragak-agak mengambil peluang untuk memohon biasiswa Advance Tertiary College (ATC), dan lebih menggembirakan lagi apabila kedua-duanya terpilih.
FMT menemui mereka baru-baru ini untuk lebih mendalami pengalaman dua pelajar bertuah itu.
Aneesha, anak bongsu daripada lima beradik yang berasal dari Shah Alam berkata, proses pendaftaran untuk program bersama University of London itu begitu mudah dan lancar. Malah beliau tidak dapat menggambarkan betapa gembiranya apabila menerima surat tawaran biasiswa dalam hanya 24 jam.
“Saya datang dari keluarga yang kurang berkemampuan, dan menghadapi pelbagai cabaran kewangan serta akademik. Namun, pengalaman hidup ini juga yang menyedarkan saya betapa berharganya untuk memiliki pendidikan bertaraf kolej.
“Biasiswa ini membolehkan saya lebih fokus terhadap pengajian. Kini saya tidak lagi terlalu risaukan wang dan mempunyai lebih banyak masa untuk mengulang kaji. Ini sudah pasti meningkatkan lagi peluang saya untuk berjaya dari segi akademik,” katanya amat menghargai sokongan diberikan ATC.

Katanya, pendidikan interaktif di ATC mewujudkan persekitaran pembelajaran menyeronokkan, dengan pelajar digalakkan menyuarakan pandangan ketika sesi tutorial.
Beliau juga teruja dengan halaman TikTok ATC yang menghiburkan, dan menjadi ruang untuk pelajar turut terlibat menyertai video pendidikan.
Aneesha yang menyimpan cita-cita bekerja di sebuah firma peguam terkemuka sebaik menerima ijazah, berkata beliau percaya dengan keupayaan diri dalam pentaakulan logik serta berhujah dengan meyakinkan, yang dilihat amat penting bagi kerjaya dalam bidang undang-undang.
“Undang-undang dapat menyelesaikan banyak masalah dalam masyarakat, dan saya sendiri mahu turut menyumbang ke arah ini. Saya melihat masa depan yang membolehkan diri berkembang sebagai individu yang mampu membawa impak positif dalam apa keadaan sekalipun. Pendidikan menjadi cara utama dalam perjalanan saya mencapai cita-cita itu,” katanya.
Sementara itu, Tiew, penerima biasiswa dari Kuala Lumpur berkata lokasi ATC yang begitu hampir dengan stesen LRT KLCC memudahkannya berulang-alik ke kolej setiap hari.
“Biasiswa ini banyak mengurangkan beban kewangan keluarga saya yang terkesan teruk akibat Covid sehingga tidak dapat menjalankan perniagaan keluarga.”
Beliau terlalu gembira apabila menerima surat pengesahan biasiswanya dalam tempoh tiga hari. “Pasti sukar jika tiada biasiswa kerana dalam keadaan itu saya terpaksa mencari kerja separuh masa pada hujung minggu.”

Walaupun berdepan beberapa rintangan kecil ketika mengikuti program rancangan asas, Tiew menyuarakan rasa syukur apabila mendapat biasiswa ATC bernilai RM10,000 itu berdasarkan keputusan peperiksaan SPM.
“Saya menyedari kualiti pendidikan tinggi disediakan oleh ATC. Sekalipun kerja kursus diberikan kadangkala mencabar, saya tetap bersyukur kerana tenaga pengajar yang begitu memahami dan menyokong kami.
“Walaupun matapelajaran kami serius, kelas kami sentiasa menyeronokkan malah pensyarah sering berseloroh supaya keadaan ceria dan tidak rasa tertekan.”
Aneesha dan Tiew kini semakin hampir memenuhi impian untuk menjadi peguam, dan menjadi contoh terbaik betapa pentingnya bersedia merembat peluang yang muncul depan mata demi mencapai hasil yang dikehendaki.
Mulakan perjalanan ke arah kejayaan dengan memohon biasiswa FMT-ATC di sini.