Budak dicampak bapa dari MRR2 pindah wad biasa

Budak dicampak bapa dari MRR2 pindah wad biasa

Mangsa sebelum ini ditempatkan di unit rawatan rapi Hospital Selayang susulan kejadian Selasa lalu.

Ketua Polis Sentul Beh Eng Lai berkata pihaknya akan menemubual kanak-kanak itu untuk dirakam keterangan. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Seorang kanak-kanak warga Myanmar yang dilaporkan kritikal selepas dicampak bapanya dari Lebuhraya Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), dipindahkan ke wad biasa semalam.

Menurut Ketua Polis Sentul, Beh Eng Lai, mangsa sebelum ini ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Selayang selepas kejadian pada Selasa lalu.

Katanya, polis akan menemubual kanak-kanak itu untuk dirakam keterangannya.

“Selepas itu, kertas siasatan akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya untuk keputusan,” katanya menurut Berita Harian.

Media sebelum ini melaporkan, seorang lelaki mencampak tiga anaknya sebelum dia sendiri terjun ke lebuh raya itu.

Lelaki berumur 38 tahun itu bersama dua lagi kanak-kanak terbabit disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi parah dan dibawa ke Hospital Selayang bagi rawatan lanjut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.