‘Tangan ghaib mengelak’, Bersatu gesa tubuh RCI siasat skandal LCS

‘Tangan ghaib mengelak’, Bersatu gesa tubuh RCI siasat skandal LCS

Ketua penerangan Bersatu berkata siasatan telus dan berwibawa dapat membawa pihak terlibat ke muka pengadilan bagi menjamin keselamatan dan kedaulatan negara.

Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan berkata penubuhan RCI penting supaya siasatan telus dan berwibawa dapat membawa pihak terlibat ke muka pengadilan.
PETALING JAYA:
Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat skandal kapal tempur pesisir (LCS).

Dalam kenyataan Wan Saiful berkata, penubuhan RCI itu penting supaya satu siasatan telus dan berwibawa dapat membawa pihak terlibat ke muka pengadilan bagi menjamin keselamatan dan kedaulatan negara.

“Apa yang membimbangkan ialah ‘tangan-tangan ghaib’ di sebalik skandal ini sedang cuba mengelak dan enggan bertanggungjawab ke atas skandal ini.

“Sedangkan semua rakyat tahu mereka dan kuncu-kuncu mereka tidak malu langsung untuk merompak harta negara untuk dijadikan gula dan minyak yang memperkayakan diri.” katanya.

Pada masa sama, Wan Saiful turut menyokong tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat skandal itu selain menyeru supaya agensi siasatan berkenaan diberikan kebebasan dan kuasa bagi menjalankan siasatan sepenuhnya.

Khamis lalu, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Wong Kah Woh, berkata Kementerian Pertahanan dan syarikat Boustead Naval Shipyard (BNS) telah mengabaikan pandangan tentera laut bagi projek LCS.

Wong berkata, tiada satu kapal pun yang berjaya disiapkan walaupun kerajaan telah membelanjakan RM6 bilion bagi projek tersebut, yang dikurniakan kepada BNS melalui tender terbuka.

Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein selepas itu berkata, pihak yang terlibat dalam salah laku berkenaan akan dibawa ke muka pengadilan.

Beliau berkata, SPRM sedang menjalankan siasatan kes itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.