
Beliau berkata, pendaftaran perlu dilakukan bagi mengelak berlaku masalah pada masa akan datang.
“Mereka yang ingin melangsungkan perkahwinan di Thailand perlu membuat perancangan supaya perkahwinan itu sah dari segi undang-undang,” katanya ketika ditemui pada Program Ziarah Mahabbah 2022 anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).
Turut berkenan berangkat ke program itu, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Yang Dipertua MAIPs dan anakanda baginda Syed Sirajuddin Areeb Putra.
Ridzuan turut menasihati orang ramai berwaspada dengan tawaran oleh sindiket pernikahan supaya tidak tertipu dan menyebabkan perkahwinan mereka tidak sah.
“Pasangan yang ingin berkahwin di sini perlulah mematuhi prosedur yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam negeri masing-masing,” katanya.