
Untuk itu, Umno Johor kini berada dalam “mood standby” sebagai persediaan menghadapi PRU15 termasuk mengemas kini dan tambah baik gerak kerja di peringkat akar umbi dalam usaha memenangkan Barisan Nasional (BN) di kesemua 26 kerusi Parlimen di negeri itu.
Setiausaha Kerja Umno Johor, Pandak Ahmad berkata, pihaknya menerima arahan daripada kepimpinan tertinggi pusat supaya melakukan persiapan yang perlu.
Katanya, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno diketuai Timbalan Presiden, Mohamad Hassan akan berkunjung ke negeri itu, pada 18 dan 19 Ogos ini.
“Lawatan dua hari itu adalah untuk memperkukuh kesiapsiagaan parti dalam menghadapi PRU akan datang. Bagi Johor, kita baru sahaja mengadakan pilihan raya negeri (PRN) Mac lalu. Jadi, kami memang masih bersedia.
“Kami perlu kemaskini dan tambah baik gerak kerja di peringkat akar umbi dalam usaha untuk memenangkan B di semua Parlimen di Johor,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.
Pandak yang juga ADUN Kota Iskandar memberitahu, jentera Umno Johor juga telah bersedia bersandarkan pengalaman sedia ada.