Rider mogok: Pemuda Umno gesa kerajaan campur tangan

Rider mogok: Pemuda Umno gesa kerajaan campur tangan

Pemuda Umno mendesak penubuhan sebuah badan kawal selia ketika beberapa penghantar dikatakan mahu mogok hari ini.

Asyraf Wajdi Dusuki meminta kerajaan segera mengiktiraf dan melindungi pekerja perkhidmatan penghantaran di bawah Akta Kerja 1955 atau akta berkaitan.
PETALING JAYA:
Pemuda Umno sekali lagi mendesak kerajaan menubuhkan segera sebuah badan kawal selia bagi menangani isu berkaitan industri e-panggilan dan p-panggilan, ketika beberapa penghantar dikatakan mahu mogok hari ini.

Ketuanya, Asyraf Wajdi Dusuki menggesa kerajaan campur tangan isu kebajikan dan keselamatan pekerja berkenaan.

“Sebuah badan kawal selia wajar ditubuhkan segera bagi mengkaji keperluan peraturan-peraturan yang lebih adil dan realistik untuk penyedia perkhidmatan dan penghantar,” katanya di Facebook.

Semalam, Presiden Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (Penghantar), Zulhelmi Mansor berkata, “rider” di seluruh negara akan melancarkan boikot hari ini kerana tidak berpuas hati dengan syarikat pengendali.

Sementara itu, Asyraf meminta kerajaan segera mengiktiraf individu terlibat dalam perkhidmatan penghantaran sebagai pekerja yang dilindungi di bawah Akta Kerja 1955 atau akta berkaitan.

“Ia bagi memastikan peranan penggiat ekonomi gig tersebut menjadi lebih penting, sekali gus memastikan hak-hak mereka dipertahankan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.