
Katanya, ketika ini, tiada keperluan untuk meminda undang-undang tubuh negeri selepas RUU anti-lompat parti diluluskan di Parlimen.
“Jika parti di peringkat Pusat arahkan (kerajaan negeri) agar pindaan RUU berkaitan larangan lompat parti dibentangkan untuk meminda undang-undang tubuh negeri pada persidangan DUN (Dewan Undangan Negeri), kita akan akur.
“Kita berpendapat, tiada keperluan untuk kerajaan negeri bentangkan RUU ini pada persidangan DUN akan datang,” katanya menurut Berita Harian.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kemungkinan kerajaan negeri mengikuti langkah beberapa negeri termasuk Selangor untuk membentangkan RUU itu bagi membolehkan pindaan undang-undang tubuh negeri pada persidangan DUN akan datang.
Mengulas lanjut, Satiful Bahari, yang juga pengerusi jawatankuasa pelaksanaan syariah, pendidikan dan pengajian tinggi negeri, berkata hanya terdapat wakil rakyat daripada dua parti iaitu PAS dan Barisan Nasional (BN) sebagai ahli di DUN Terengganu.
Katanya, 22 ADUN mewakili PAS, manakala 10 lagi mewakili BN.
“Jadi, kita berpendapat tiada keperluan untuk kerajaan negeri membentangkan RUU anti-lompat parti bertujuan meminda undang-undang tubuh negeri,” katanya.