Chong ganti Santhara ketuai sayap bersekutu Bersatu

Chong ganti Santhara ketuai sayap bersekutu Bersatu

Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainuddin yang berkata pelantikan tersebut berkuatkuasa serta merta.

Setiausaha Bersatu Hamzah Zainuddin berkata, pelantikan Chong Fatt Full sebagai ketua bharu sayap Bersekutu Bersatu berkuatkuasa serta merta
PETALING JAYA:
Bekas ADUN Pemanis Chong Fat Full dilantik mengetuai sayap Bersekutu Bersatu menggantikan Ahli Parlimen Segamat, Edmund Santhara Kumar yang melepaskan jawatan itu bulan lalu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainuddin berkata pelantikan tersebut berkuatkuasa serta merta.

“Bagi terus merancakkan penglibatan ahli-ahli Bersekutu dalam gerak kerja jentera parti, mesyuarat sebulat suara bersetuju untuk melantik Dr Chong Fat Full sebagai ketua sayap Bersekutu Bersatu yang baharu berkuatkuasa serta merta,” katanya dalam kenyataan.

Pada 28 Julai lalu, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin menerima peletakan jawatan Santhara.

Sebelum ini, FMT melaporkan, Timbalan Menteri Pelancongan itu telah menghantar surat keluar Bersatu.

Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan, bagaimanapun berkata, Santhara hanya mahu melepaskan jawatannya dan bukan keluar parti seperti didakwa.

Sementara itu, pimpinan sayap bersekutu Bersatu memaklumkan alasan diberikan Santhara yang mahu meletak jawatan sebagai ketua adalah bagi memberikan tumpuan kepada kawasan Parlimen Segamat bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.