
Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Lukanisman Awang Sauni (GPS-Sibuti) sama ada kerajaan akan mempertimbangkan wakil tetap dari Sarawak sebagai anggota LHDN.
Lukanisman berkata, peruntukan untuk wakil Sarawak menganggotai LHDN tercatat dalam Perkara 21 (1) Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan 1962 yang merupakan dokumen penting semasa pembentukan Malaysia melalui Perjanjian Malaysia 1963.
Pada 11 Julai lalu, Premier Sarawak, Abang Johari Openg berkata, kerajaannya menamakan wakil untuk menganggotai Lembaga Pengarah LHDN bagi memantau hasil kerajaan persekutuan supaya Sarawak memperoleh bahagian yang adil dalam geran khas tahunan.
Dengan itu, katanya, Sarawak boleh mengetahui pendapatan yang diperolehi negeri itu dan jumlah yang boleh diberikan, sekiranya mempunyai wakil dalam LHDN.
Keesokannya, Sabah turut mengumumkan ia sudah menyerahkan nama calonnya untuk dilantik ke LHDN kepada perdana menteri dan Kementerian Kewangan.