Beli senjata api guna alamat kurier, kontraktor dicekup

Beli senjata api guna alamat kurier, kontraktor dicekup

Lelaki berusia 36 tahun itu diberkas selepas kastam menerima laporan daripada syarikat kurier.

Pengarah Kastam Melaka Norlela Ismail berkata antara senjata api dirampas membabitkan ‘precision airgun’, satu laras ‘BB Rifle’ dan satu pucuk pistol angin. (Gambar Pixabay)
PETALING JAYA:
Seorang kontraktor dicekup susulan membeli lima senjata api termasuk peluru dari Sepanyol selepas tindakannya itu dilapor sebuah syarikat kurier, kata Pengarah Kastam Melaka Norlela Ismail.

Katanya, kegiatan lelaki berusia 36 tahun itu berjaya dikesan kerana tindakan suspek menggunakan alamat perniagaan syarikat berkenaan.

“Pada awal Jun lalu, kita mendapat maklumat daripada syarikat kurier terbabit yang berasa curiga dengan tindakan suspek membeli barangan logam menggunakan alamat bangunan itu sebagai penerima.

“Suspek dikatakan telah menghubungi syarikat kurier berkenaan dan meminta untuk menghantar barangan tersebut yang diisytiharkan sebagai ‘handycrafts metal decorations’ di sebuah hotel di Ayer Keroh,” katanya menurut Kosmo.

Katanya, hasil maklumat tersebut suspek berjaya diberkas pada 8 Jun lalu dan hasil pemeriksaan kastam telah merampas dua laras “precision airgun”, satu laras “BB Rifle” dan satu pucuk pistol angin beserta tiga tin peluru di tempat letak kereta hotel di Ayer Keroh.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.