Ziyad sumbang emas pertama Malaysia di Solo

Ziyad sumbang emas pertama Malaysia di Solo

Muhammad Ziyad Zolkefli mempamerkan aksi bertenaga untuk muncul juara acara lontar peluru F20 (masalah intelektual).

Muhammad Ziyad Zolkefli menyumbang emas pertama Malaysia menerusi lontaran sejauh 16.92m pada percubaan pertama. (Gambar Bernama)
SOLO:
Jaguh olahraga para, Muhammad Ziyad Zolkefli menepati ramalan dengan menghadiahkan emas pertama Malaysia di Sukan Para Asean (APG) ke-11 hari ini.

Atlet berusia 32 tahun itu mempamerkan aksi bertenaga untuk muncul juara acara lontar peluru F20 (masalah intelektual) di Stadium Manahan di sini.

Pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Rio 2016 dan juara dunia 2013 dan 2017 itu, mengesahkan emas menerusi lontaran sejauh 16.92m pada percubaan pertama.

Beliau terus konsisten dengan melakukan 16.80m, 16.88m, 16.63m, 16.78m dan 16.74m pada percubaan seterusnya, sekali gus membuktikan dominasinya dalam acara berkenaan.

Ini merupakan emas keempat Ziyad di APG sejak edisi 2013 di Myanmar dan Kuala Lumpur pada 2017, di mana beliau meraih emas dengan lontaran sejauh 16.81m.

Malaysia juga menguasai kedudukan pertama dan kedua acara itu apabila Mohamad Aliff Mohamad Awi melengkapkan hatrik pingat perak dengan catatan 13.46m.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.