
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Edmund Santhara Kumar, berkata kerajaan menerima banyak laporan hampir sejuta pelancong China yang memasuki negara ini melalui VOA tidak pulang ke negara mereka.
“Masalah sama berlaku dengan pelancong India, yang akhirnya membuka perniagaan di Brickfields. Oleh itu kerajaan akan mengkaji semula VOA dari segi cara melaksanakannya bagi membendung penyalahgunaannya (oleh pelancong),” katanya.
Beliau berkata menjawab pertanyaan Bakhtiar Wan Chik (PH-Balik Pulau) sama ada Motac mempunyai rancangan untuk memperkenalkan semula VOA bagi meningkatkan bilangan pelancong China.
Bakhtiar adalah timbalan menteri pelancongan, seni dan budaya di era pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan.
Menurut laman web MyGOV, VOA dikeluarkan kepada pelancong dari China dan India sahaja. Kadar yuran adalah USD100 manakala pas sosial diberikan selama tujuh hari dan tidak boleh dilanjutkan.