
Ketua Polis Semporna, Farhan Lee Abdullah, berkata kejadian berlaku kira-kira 4.30 petang dengan semua mangsa berusia 3 hingga 79 tahun dipercayai dalam perjalanan dari negara jiran ke Semporna.
“Siasatan mendapati bot dinaiki sembilan lelaki, dua wanita dan seorang kanak-kanak itu karam selepas mengalami kebocoran akibat terlanggar kayu terapung.

“Difahamkan, juragan dan penumpang sempat bertindak mengikat tong minyak kosong di bot berkenaan bagi mengelak daripada tenggelam.
“Juragan bot berkenaan kemudian terpaksa berenang ke arah Pulau Mantabuan selama enam jam untuk meminta bantuan pihak berkuasa yang berada di pulau berkenaan,” katanya dalam kenyataan.
Farhan berkata, pihak tentera yang berada di pulau itu segera bertindak menyelamatkan kesemua mangsa terlibat.
“Semua mangsa kemudian diserahkan kepada Pasukan Polis Marin (PPM) untuk tindakan selanjutnya,” katanya.