Wanita hilang disambar buaya

Wanita hilang disambar buaya

Sebelum kejadian mangsa memancing di tebing anak sungai yang bersambung dengan Sungai Kinabatangan.

Anggota bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa di lokasi kejadian. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:
Seorang wanita dilaporkan hilang selepas disambar buaya dalam kejadian di Kampung Tanjung Bulat, Kinabatangan.

Dalam kejadian 3.40 petang tadi, mangsa Norsila Sayong, 32, dilaporkan memancing di tebing sungai sebelum tiba-tiba disambar reptilia itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamaluddin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.42 petang.

Katanya, lima anggota bergegas ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Sebelum kejadian, mangsa memancing di tebing anak sungai yang bersambung dengan Sungai Kinabatangan. Lokasi itu memang menjadi lokasi memancing penduduk ketika air sungai pasang.

“Tiba-tiba mangsa dilaporkan disambar (buaya) dan hilang,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, SAR dijalankan dan sebarang perkembangan semasa akan dimaklumkan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.