
Menurutnya, ini walaupun UNHCR telah memberikan cadangan untuk menyokong pelaksanaannya pada tahun 2017 dan menawarkan bantuan.
Jurucakap itu mengulas pengumuman kerajaan minggu lalu bahawa ia telah meluluskan pelaksanaan TRIS bagi semua pemegang kad UNHCR di Malaysia yang mewajibkan semua pelarian “menyerahkan lokasi kedudukan mereka”.
Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin berkata ia telah melalui percubaan selama beberapa tahun dan telah diberi kelulusan untuk dilaksanakan secara besar-besaran.
Langkah itu dikritik dua badan bukan kerajaan (NGO), Beyond Borders dan Alliance of Chin Refugees (ACR) yang mendakwa ia adalah sistem yang keterlaluan dan tidak berperikemanusiaan serta boleh disalahguna.
Jurucakap UNHCR berkata: “Pada masa itu (TRIS dimulakan), UNHCR menerima pengesahan rasmi daripada kerajaan bahawa syarikat pihak ketiga telah dilantik oleh Kementerian Dalam Negeri dan mereka akan meminta pelarian mendaftar untuk skim TRIS, dan membayar jumlah tahunan untuk menerima kad keluaran kerajaan.”
UNHCR kemudiannya mengesyorkan bahawa rangka kerja menyeluruh dibangunkan untuk membimbing pelaksanaan skim, termasuk tujuan pendaftaran, peranan dan tanggungjawab pihak berkepentingan, dan perlindungan data peribadi.
Ia juga menawarkan penggunaan sistemnya sendiri dengan ciri keselamatan yang baik untuk tujuan pendaftaran bersama, penyaringan dan pengumpulan data tanpa sebarang kos.
“Bagaimanapun, perkara mengenai skim pendaftaran TRIS tidak dibangkitkan dengan kami dalam banyak mesyuarat konstruktif yang diadakan dengan kerajaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.”