Scammer menyamar saya pinjam wang di Telegram, kata Wan Junaidi

Scammer menyamar saya pinjam wang di Telegram, kata Wan Junaidi

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu meminta orang ramai mengabaikan mesej tertera nombor telefon dan gambarnya di aplikasi itu.

Wan Junaidi Tuanku Jaafar meminta individu yang tertipu segera membuat laporan polis dan SKMM.
PETALING JAYA:
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar kesal dengan “scammer” menggunakan nombor telefon bimbitnya bagi memperdayakan orang ramai.

Menurut beliau, perkara itu mula disedarinya selepas beberapa kenalan menghubunginya untuk mengesahkan mesej diterima menerusi aplikasi Telegram hari ini.

Katanya, beliau difahamkan ada kenalan di kawasan Parlimen Santubong yang terpedaya dan memindahkan RM5,000 ke akaun “scammer” itu.

Sehubungan itu, Junaidi meminta orang ramai mengabaikan mesej tertera nombor telefon dan gambarnya.

“Orang ramai juga harus menyekat dan melaporkan kepada pembangun aplikasi yang digunakan pihak tidak bertanggungjawab,” katanya menurut Harian Metro.

“Sekiranya ada yang tertipu, diminta segera membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya pihak terbabit diambil tindakan.”

Wan Junaidi dipetik Kosmo sebagai berkata, beliau akan membuat laporan berhubung perkara itu dan menafikan beliau memohon untuk meminjam wang daripada kenalan serta individu melalui Telegram.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.