
MetMalaysia dalam pemakluman di Facebook berkata, cuaca buruk itu berlaku di negeri di Lembah Klang, Kedah, Perak, Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Labuan.
“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Selangor melibatkan Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang.
“Negeri Sembilan pula membabitkan dua kawasan iaitu Jelebu dan Seremban manakala Kedah melibatkan kawasan Langkawi, Padang Terap, Sik dan Baling,” menurut agensi itu.
Selain itu, Perak turut terjejas melibatkan kawasan Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.
Negeri di pantai timur, Kelantan dan Pahang turut menerima amaran sama masing-masing melibatkan Bachok dan Pasir Puteh serta Tanah Tinggi Cameron, Bentong, Bera dan Rompin.
Sementara itu, Segamat, Kluang dan Mersing di Johor serta Limbang (Lawas) di Sarawak turut dijangka mengalami ribut petir dan hujan lebat.
Katanya, amaran berkenaan dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.