
Ketua Penerangan Sayap Bersekutu Bersatu, S Gobi Krishnan, mendakwa beliau dimaklumkan bahawa Kiandee dalam proses melanjutkan kontrak seorang ahli lembaga pengarah GLC iaitu Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).
Beliau mendakwa, ahli lembaga pengarah itu daripada MIC, parti komponen Barisan Nasional.
Gobi meminta Kiandee memberikan penjelasan berhubung perkara itu, sambil berkata beliau berharap berita itu tidak benar.
“Jika benar maka menteri berkenaan harus diberi nasihat oleh kepimpinan Bersatu dan diseru agar mengubah keputusan ini. Seharusnya menteri Bersatu memberi keutamaan kepada pemimpin daripada Bersatu untuk apa jua lantikan GLC.
“Jika berita ini tidak benar, maka saya secara ikhlas memohon maaf dan seterusnya berharap pelantikan untuk jawatan tersebut diisi dengan pemimpin dari Bersatu dalam kadar segera,” katanya dalam kenyataan.
FMT telah menghubungi Kiandee untuk komennya.