Usaha pelihara alam sekitar, Indah Water tanam 200 pokok

Usaha pelihara alam sekitar, Indah Water tanam 200 pokok

Menerusi kempen 'Adopt a Tree', sekumpulan belia daripada rumah kebajikan bersama masyarakat setempat menanam pokok di Khazanah Rimba, Pantai Eco Park.

Menerusi inisiatif tersebut, sebanyak 200 pokok disumbangkan oleh syarikat penyelesaian IT swasta CTC Global dan kakitangan IWK.
PETALING JAYA:
Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) meneruskan usahanya dalam menekankan kepentingan alam semula jadi dengan menanam 200 pokok, membawa lebih banyak kehijauan ke persekitaran bandar.

Menerusi kempen “Adopt a Tree”, usaha sama IWK dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), sekumpulan belia daripada rumah kebajikan bersama masyarakat setempat menanam pokok di Khazanah Rimba, Pantai Eco Park di Pantai Dalam.

Seramai 40 peserta daripada Rumah Anak-Anak Yatim dan Asnaf Qaseh Ibu, serta masyarakat setempat turut diberi taklimat mengenai kepentingan melindungi alam sekitar, bawah inisiatif IWK Cares.

Menerusi inisiatif tersebut, sebanyak 200 pokok disumbangkan oleh syarikat penyelesaian IT swasta CTC Global dan kakitangan IWK.

Kempen “Adopt a Tree” terbuka kepada orang ramai, yang boleh menderma RM140 untuk menanam sebatang pokok.

Ketua Pegawai Eksekutif Narendran Maniam menzahirkan kegembiraannya kerana dapat mengumpulkan rakan kongsi yang berfikiran serupa daripada industri, badan bukan kerajaan (NGO) serta masyarakat setempat untuk bersama-sama memelihara alam sekitar.

“Visi kami adalah untuk membangunkan masa depan yang mampan serta menyemarakkan lagi peluang pembangunan sosio-ekonomi demi persekitaran komuniti yang lebih baik,” katanya dalam kenyataan.

Narendran berkata, usaha penanaman pokok itu juga akan menggalakkan penggunaan “produk sampingan biopepejal” IWK, baja yang akan memperbaiki keadaan tanah dan meningkatkan pertumbuhan tanaman bukan makanan.

IWK menyasarkan 100 lagi pokok akan ditanam di kawasan itu menjelang akhir tahun ini.

IWK mula bekerjasama dengan MNS pada 2020, melancarkan kempen “Adopt a Tree” yang setakat ini menyaksikan 400 pokok ditanam di Khazanah Rimba, Pantai Eco Park.

IWK menyasarkan 100 lagi pokok akan ditanam di kawasan itu menjelang akhir tahun ini.

Kempen “Adopt a Tree” terbuka kepada orang ramai, yang boleh menderma RM140 untuk menanam sebatang pokok. Mereka yang berminat untuk menderma boleh berbuat demikian di https://bit.ly/2Fps4ep.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.