
Pengasas Yayasan Chow Kit, Hartini Zainudin, berkata kumpulan berkenaan sangat memerlukan bantuan dan bukan sekadar “stereotaip” semata-mata.
“Bagaimana Jawi (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan) berhasrat melakukan pembaikan pekerja seks? Adakah mereka mahu menyediakan pekerjaan untuk mereka?” soalnya.
Beliau turut mempersoalkan bagaiman Jawi mahu membantu kanak-kanak tidak mempunyai dokumen untuk mereka mendapatkan dokumen sah.
Katanya, Jawi sepatutnya perlu melakukan kerja pertama dengan Kementerian Dalam Negeri dalam menyediakan dokumentasi bagi kanak-kanak gelandangan sebelum ingin menyelesaikan masalah lain.
Hartini mencadangkan pihak berkuasa agama itu menyediakan dana bagi kanak-kanak berkenaan menerima pendidikan dan perlindungan kesihatan.
“Mereka (Jawi) seolah-olah seperti sedang berperang dengan kanak-kanak dan keluarga yang berada di Chow Kit,” katanya. “Kami tidak memerlukan lebih banyak ancaman, kami ingin kepada pendidikan dan pemahaman.”
Dalam laporan HarakahDaily, awal hari ini, Idris berkata, Jawi bersama beberapa NGO sedang menyelesaikan masalah berkait pelacuran di kawasan dalam bidang kuasa mereka, termasuk Chow Kit.
Katanya, NGO terbabit ditugas melakukan proses pembaikan sehingga pasangan terbabit dinikahkan secara sah, manakala anak-anak yang bergelandangan dan tanpa sijil kelahiran akan diuruskan.
Hartini berkata, Idris sepatutnya “mengikut perkembangan zaman” kerana pelacuran tidak lagi kelihatan di kawasan itu.
“Chow Kit pada 2022 tidak sama dengan Chow Kit pada 2000. Ia (pelacuran) sudah berkurangan dan tidak jelas kelihatan,” katanya kepada FMT.
Sambil melabelkan kenyataan Idris sebagai “prejudis” dan “sterotaip”, Hartini mempersoalkan sekiranya Jawi benar-benar ingin bekerjasama dengan masyarakat di kawasan itu atau hanya sekadar mahu bersangka buruk sahaja.