Kerajaan hanya iktiraf pemegang kad UNHCR dikeluarkan Malaysia

Kerajaan hanya iktiraf pemegang kad UNHCR dikeluarkan Malaysia

Menteri dalam negeri berkata pemegang kad UNHCR selainnya akan diusir dari negara ini.

Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin, berkata hanya kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dikeluarkan Malaysia sahaja diiktiraf. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Kerajaan hanya mengiktiraf kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dikeluarkan di negara ini sahaja, kata Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin.

Katanya, susulan itu kerajaan akan mengusir pemegang kad selainnya.

Beliau berkata, kerajaan pada Jumaat, sudah memberi kelulusan penggunaan Sistem Pengesanan Maklumat Pelarian (TRIS) bertujuan mengumpul data semua pemegang kad UNHCR di negara ini.

Hamzah berkata, pelaksanaan sistem itu akan dibangunkan oleh sebuah syarikat dilantik kerajaan selepas kajian mengenainya dibuat beberapa tahun lalu.

“Bila kita gunakan TRIS ini iaitu ‘Tracking Imigration System’ adalah untuk memastikan bahawa segala mereka yang ada di sini apabila kita telah daftarkan kedudukan mereka.

“Kita tahu mereka mana mereka tinggal, jadi kita akan memastikan bahawa selepas ini sesiapa saja yang mahu bekerja ataupun mahu melakukan sesuatu, akan kita pertingkatkan melalui polisi-polisi yang akan diluluskan oleh Majlis Keselamatan Negara,” katanya menurut Astro Awani.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.