3 melecur kapal angkut petrol terbakar di Beluran

3 melecur kapal angkut petrol terbakar di Beluran

Kejadian berlaku ketika kapal berkenaan sedang dalam perjalanan dari Paitan ke Pulau Jambongan.

Ketua Bomba Beluran Edoen Machel, berkata tiga anggota dihantar ke lokasi yang terletak sejauh 173km dari Balai Beluran.
PETALING JAYA:
Tiga individu melecur selepas sebuah kapal pengangkut minyak berisi petrol terbakar dalam kejadian di Jeti Paitan, Beluran, Sabah, hari ini.

Dalam kejadian 5.10 petang itu, kapal berkenaan sedang dalam perjalanan dari Paitan ke Pulau Jambongan.

Difahamkan, kapal berkenaan tiba-tiba terbakar sebelum kru kapal segera menyelamatkan diri dengan terjun ke sungai.

Bagaimanapun, tiga individu dilaporkan melecur, tetapi setakat ini maklumat mangsa melecur belum diperoleh.

Ketua Bomba Beluran Edoen Machel, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.15 petang lalu menghantar tiga anggota ke dengan sebuah jentera.

Menurutnya, lokasi berkenaan sejauh 173km dari Balai Beluran.

“Setakat 7.10 malam, pasukan bomba masih dalam perjalanan ke lokasi berkenaan disebabkan keadaan cuaca dan keadaan jalan raya yang tidak baik.

“Maklumat terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa berhubung kejadian terbabit,” katanya menurut Harian Metro.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.