Ibu didakwa bunuh anak 11 tahun

Ibu didakwa bunuh anak 11 tahun

Sembakavali didakwa membunuh N Maha Letchumi di sebuah rumah di Taman Bukit Tropika, Yong Peng pada kira-kira 4.55 petang 14 Julai lepas.

Sembakavali dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret Batu Pahat hari ini atas tuduhan membunuh anak perempuannya berusia 11 tahun di sebuah rumah di Yong Peng, Johor Khamis lepas.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Sembakavali, 34, selepas tuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan majistret Nurasidah A Rahman kerana kes berkenaan bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Tertuduh didakwa membunuh N Maha Letchumi di sebuah rumah di Taman Bukit Tropika pada kira-kira 4.55 petang 14 Julai lepas mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman mati.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Izzati Rozman manakala Sembakavali tidak diwakili peguam, lapor Bernama.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 13 Sept bagi mendapatkan laporan bedah siasat dan kimia.

Terdahulu dilaporkan seorang kanak-kanak ditemukan mati dengan kesan jerut di leher. Turut terdapat kesan luka di dahinya, namun mangsa tidak mengalami kecederaan lain di badannya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.