Penipuan visa furada, polis terima 47 lagi laporan

Penipuan visa furada, polis terima 47 lagi laporan

Polis turut menyerahkan lima suspek suspek masing-masing dua lelaki dan tiga perempuan kepada polis Johor untuk siasatan lanjut selepas selesai tempoh tahanan reman.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Azmi Abu Kassim berkata beberapa tindakan sedang diambil bagi melengkapkan siasatan kes ini sebelum dirujuk ke Pejabat Peguam Negara untuk mendapatkan keputusan.
PETALING JAYA:
Polis telah menerima 47 lagi laporan dengan kerugian lebih RM2 juta dalam kes melibatkan penipuan haji oleh dua agensi pelancongan yang beroperasi di Danau Kota, Setapak.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Azmi Abu Kassim berkata, kelima-lima suspek iaitu dua lelaki dan tiga perempuan diserahkan kepada polis Johor untuk siasatan lanjut selepas selesai tempoh tahanan reman.

“Beberapa tindakan sedang diambil bagi melengkapkan siasatan kes ini sebelum dirujuk ke Pejabat Peguam Negara untuk mendapatkan keputusan,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, media melaporkan ira-kira 380 bakal jemaah haji terkandas di KLIA di Sepang kerana dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan.

Mereka yang berkumpul di Balai Pelepasan KLIA dipercayai menggunakan visa furada untuk menunaikan haji dan tidak melalui Tabung Haji (TH).

Sehubungan itu Azmi menggesa orang ramai yang telah ditipu supaya membuat laporan polis dengan segera.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.