
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Mohd Dinie Shazwan Ab Shukor terhadap seorang wanita yang merupakan bekas CEO berusia dalam lingkungan 50-an, lelaki berusia 58 tahun yang tidak bekerja dan perunding kewangan yang berusia 53 tahun, selepas SPRM membuat permohonan di Mahkamah Majistret Putrajaya.
Ketiga-tiga individu itu ditahan di SPRM Putrajaya, kira-kira 6 petang, semalam, ketika hadir memberi keterangan, kata Bernama memetik sumber.
Sumber berkata, mereka disyaki menerima rasuah berjumlah lebih RM24 juta sebagai balasan meluluskan pinjaman lebih RM294 juta yang dibuat sebuah syarikat tempatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.