
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Teresa Kok (PH-Seputeh) yang meminta pecahan komposisi kaum dalam perkhidmatan awam dan bertanya sama ada kerajaan mempunyai rancangan untuk menjadikannya lebih mewakili konsep “Keluarga Malaysia” yang dianjurkan oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.
Latiff berkata, daripada jumlah itu, 987,333 terdiri daripada orang Melayu; 73,190 Cina; 47,751 India; 60,084 Bumiputera Sarawak; 59,978 Bumiputera Sabah; 2,417 Orang Asli; dan 8,698 lain-lain.
Bagi jawatan tertinggi atas kategori Gred 56 pula, 3,300 adalah orang Melayu; 386 Cina; 240 India; 74 Bumiputera Sabah; 53 Bumiputera Sarawak; tiga Orang Asli; dan 42 lain-lain.
“Kaedah pengambilan dan pelantikan pegawai di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) adalah berasaskan merit dan kompetensi seseorang calon,” katanya.
“Asas pelantikan ini bertujuan untuk memastikan calon yang berkualiti dan terbaik dilantik sebagai penjawat awam.
“Tiada penetapan sebarang kuota berdasarkan kapasiti kaum, bangsa atau etnik tertentu dalam pelantikan serta pertimbangan kenaikan pangkat penjawat awam.
“Sehubungan itu, semua warganegara Malaysia mempunyai peluang yang sama untuk dipertimbangkan dalam persaingan yang terbuka dan adil.”