Rafizi mulakan kempen laporan polis esok

Rafizi mulakan kempen laporan polis esok

Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli dan Naib Presiden Nik Nazmi Nik Ahmad akan memfailkan laporan polis masing-masing pada jam 11 pagi di balai polis Setiawangsa.

Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli menggesa kempen laporan polis seluruh negara dibuat terhadap bekas Perdana Menteri Naib Razak.
PETALING JAYA:
Laporan polis terhadap Najib Razak mengenai dakwaan kecuaian berkaitan tuntutan waris kesultanan Sulu akan difailkan dua pemimpin PKR esok dalam kempen melancarkan laporan terhadap bekas perdana menteri itu.

Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli dan Naib Presiden Nik Nazmi Nik Ahmad akan memfailkan laporan polis masing-masing pada jam 11 pagi di Balai Polis Setiawangsa.

“Dengan ini, saya telah meminta cabang-cabang dan pimpinan PKR seluruh negara untuk membuat laporan polis terhadap kecuaian Najib semasa menjadi perdana menteri sehingga membawa kepada tuntutan waris Sulu,” kata Rafizi dalam hantaran di Facebook.

Beliau turut memanjangkan jemputan kepada aktivis akar umbi dari Amanah dan DAP untuk membuat perkara sama.

“Hari Selasa dipilih untuk mengingatkan Najib janjinya untuk menyaman Wall Street Journal mengenai skandal 1MDB, tetapi tidak pernah berlaku,” katanya dengan menyertakan draf laporan polis berkenaan di Facebooknya.

Semalam, Rafizi ketika berucap dalam perhimpunan agung PKR menggesa laporan polis dibuat terhadap Najib berkaitan dakwaan waris kesultanan Sulu untuk pampasan berjumlah berbilion ringgit kerana menyerahkan kedaulatan ke atas Sabah.

Susulan itu, Najib mencabar ahli PKR membuat laporan polis terhadapnya setiap kali beliau didakwa berbohong di media sosial, dan berkata, beliau tidak sesekali takut.

Waris kesultanan Sulu merampas dua anak syarikat Petronas yang didaftarkan di Luxembourg, minggu lalu.

Bagaimanapun, kerajaan persekutuan berkata, perintah itu tidak sah manakala Petronas menyifatkan tindakan itu sebagai tidak berasas.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.