Boleh pula ke istana ‘claim’ ada majoriti, Najib bidas Anwar

Boleh pula ke istana ‘claim’ ada majoriti, Najib bidas Anwar

Anwar Ibrahim semalam berkata beliau akan menjadi perdana menteri, jika bersetuju dengan permintaan pemimpin korup untuk campur tangan dalam kes mahkamah mereka.

Najib Razak berkata, walaupun Anwar Ibrahim mendakwa tidak mahu bersubahat dengan perasuah, tetapi beliau dikaitkan dengan Lim Guan Eng yang kini berdepan tuduhan rasuah.
PETALING JAYA:
Najib Razak menyelar kenyataan tidak konsisten Presiden PKR Anwar Ibrahim kerana mempunyai sokongan majoriti untuk menjadi perdana menteri.

Bekas perdana menteri itu menjawab Anwar, yang semalam berkata beliau akan menjadi perdana menteri sekarang, jika bersetuju dengan permintaan pemimpin korup untuk campur tangan dalam kes mahkamah mereka.

“Sendiri kata tak cukup sokongan majoriti sebab tolak bersuhabat dengan perasuah, tapi boleh pulak menghadap Istana untuk ‘claim’ bahawa dia ada sokongan majoriti yang cukup?” kata Najib di Facebook.

Najib merujuk tarikh September 2020 apabila pengerusi Pakatan Harapan itu mendakwa majoriti ahli Parlimen menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Anwar menjadi perdana menteri.

Kata Najib, walaupun Anwar mendakwa tidak mahu bersubahat dengan perasuah, ketua pembangkang itu sebelum ini dikaitkan dengan Pengerusi DAP Lim Guan Eng, yang kini berdepan pertuduhan rasuah berhubung projek terowong dasar laut Pulau Pinang.

Lim dibicarakan atas tuduhan menggunakan kedudukannya untuk meminta Pengarah Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd, Zarul Ahmad Mohd Zulkifl, potongan 10% daripada keuntungan projek terowong dasar laut dan menerima RM3.3 juta sebagai sogokan daripada ahli perniagaan itu.

Beliau juga didakwa atas dua pertuduhan menyalahgunakan tanah negeri bernilai RM208.7 juta secara tidak jujur kepada dua syarikat.

“Anwar kata PKR kurang dapat sokongan Melayu, bermaksud mereka bergantung kepada DAP untuk undi bukan Melayu,” kata Najib.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.