Rafizi ada sokongan kuat, kata pemimpin Pemuda PKR

Rafizi ada sokongan kuat, kata pemimpin Pemuda PKR

Ketua Pemuda PKR yang baru dilantik, Adam Adli menganggap pelbagai komen Rafizi Ramli 'bukan perbezaan prinsip, tetapi perbezaan dalam pendekatan'.

Ahli Pemuda PKR menghadiri kongres sayap itu di Shah Alam semalam.
SHAH ALAM:
Ahli Pemuda PKR tidak melihat bakal Timbalan Presidennya, Rafizi Ramli yang lantang bersuara telah membawa perpecahan kepada parti itu.

Ditanya sama ada pelbagai kenyataan Rafizi telah menyebabkan perpecahan dalam Pemuda PKR, ketua sayap itu yang baru dilantik, Adam Adli berkata, beliau menganggap komen sedemikian “bukan perbezaan prinsip, tetapi perbezaan dalam pendekatan”.

Katanya, Pemuda PKR tidak akan terjejas dengan perbezaan pendapat.

“Kami meraikan perbezaan pendapat. Mereka harus berbincang dan mereka perlu menjadi sebahagian daripada wacana itu.

Adam Adli.

“Mereka yang berada di sini hari ini kebanyakannya pemimpin, jadi mereka memahami tanggungjawab mereka untuk menilai setiap pendapat di luar sana,” katanya kepada FMT dalam kongres sayap itu semalam.

Bekas aktivis itu berharap Pemuda PKR akan terus menggalakkan lebih banyak perbincangan sivil berhubung pendekatan dan strategi yang perlu diambil oleh parti.

Awal minggu ini, Rafizi diselar beberapa pemimpin bahagian PKR kerana menyenaraikan nama 25 calon yang beliau mahu perwakilan pilih untuk menganggotai Majlis Pimpinan Pusat atas faktor mereka menolak idea “khemah besar”.

Istilah “khemah besar” digunakan untuk menggambarkan keutamaan Presiden PKR, Anwar Ibrahim menyatukan semua parti pembangkang bagi menentang Barisan Nasional – idea yang ditentang Rafizi berulang kali.

Faris Aiman.

Rafizi turut didakwa memperkecilkan gesaan pemilihan diadakan semula oleh calon tertentu yang kalah dalam pemilihan parti baru-baru ini, dengan ahli PKR diseru supaya tidak mempedulikan “suara” pihak yang kalah.

Tetapi, Naib Ketua Pemuda PKR Cawangan Setiawangsa, Faris Aiman berkata, perselisihan faham wujud dalam mana-mana organisasi dan perkara paling penting ialah anda cukup profesional untuk mengetepikan perbezaan dan menerima strategi yang dipersetujui parti.

Vejay Kanaiya.

“Rafizi pasti boleh menyumbang dengan banyak kerana beliau sangat popular dalam kalangan rakyat. Beliau mempunyai pasukan analisis data yang sangat baik, yang akan menjadi kelebihan besar buat kami…senjata kami menjelang pilihan raya umum akan datang.”

Naib Ketua Pemuda PKR Pasir Gudang, Vejay Kanaiya berkata, sebahagian besar daripada sayap itu menyokong Rafizi.

Katanya, Rafizi dan lawannya, Saifuddin Nasution Ismail mempunyai kelebihan masing-masing.

“Jadi, bagi saya, ia (kritikan bahawa Rafizi memecahbelahkan parti) tidak mengapa. Kebanyakan kami sebenarnya menyokong Rafizi.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.