Kanak-kanak patah kaki dakwa dihempas guru Kafa

Kanak-kanak patah kaki dakwa dihempas guru Kafa

Mangsa berusia sembilan tahun mendakwa gurunya mengangkat dan menghempas di atas kerusi sehingga kaki kanan sakit.

Kejadian dipercayai berlaku kerana gurunya tidak berpuas hati dengan perlakuan mangsa ketika berada dalam kelas.
PETALING JAYA:
Seorang murid lelaki patah kaki kanan selepas didakwa dihempas seorang guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) dalam kejadian di sebuah sekolah di Marang, Terengganu.

Difahamkan, kejadian dipercayai berlaku pada 6 Julai lalu ketika mangsa berusia sembilan tahun berada di sekolah berkenaan.

Sumber berkata, kejadian menimpa mangsa disedari ibunya berusia 36 tahun, 5 petang pada hari sama selepas anaknya mengadu kakinya sakit.

“Mangsa memaklumkan guru itu mengangkat dan menghempasnya di atas kerusi sehingga kaki kanannya sakit.

“Guru dikatakan bertindak demikian kerana tidak berpuas hati dengan perlakuan mangsa ketika berada dalam kelas.

“Mangsa kemudian dibawa ke sebuah klinik untuk rawatan sebelum disahkan patah kaki kanan dan satu laporan polis dibuat pada Jumaat lalu untuk tindakan lanjut,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Sementara itu, Ketua Polis Marang Mohd Zain Mat Dris ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.