Lelaki ditahan dalam kes bunuh ibu tunggal di Sarawak

Lelaki ditahan dalam kes bunuh ibu tunggal di Sarawak

Polis berkata, siasatan awal menemui kesan cedera dalaman di bahagian leher dan pinggang mangsa.

Polis menahan lelaki berusia 52 tahun itu selepas siasatan mendapati dia orang terakhir yang dilihat dengan mangsa.
PETALING JAYA:
Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh seorang wanita di pusat peranginan di Mukah, Sarawak semalam.

Ketua Polis Daerah Mukah, Muhamad Rizal Alias, berkata lelaki berusia 52 tahun itu ditahan selepas siasatan mendapati dia orang terakhir yang dilihat dengan mangsa.

“Suspek diberkas dalam rumah di sebuah taman perumahan pada 1.40 tengah hari bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kes itu diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun keseksaan.

Katanya, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah menerima laporan seorang wanita meninggal dunia dalam sebuah bilik tempat peranginan di Mukah pada 12.35 tengah hari semalam.

Beliau berkata, siasatan awal menemui kesan cedera dalaman di bahagian leher dan pinggang mangsa, ibu tunggal beranak dua yang berusia 44 tahun dan beralamat di Sibu.

“Mangsa mendaftar masuk ke tempat peranginan berkenaan bersama anak-anaknya sehari sebelum kejadian,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.