

Mereka mewakili pengeluar tenaga bebas (IPP) yang mempunyai “kabel sangat tinggi” yang mana menuntut penganugerahan langsung projek solar berskala besar, tulisnya dalam memoir, ‘The Unfinished Business’.
“Saya kesal kerana terpaksa memaparkan sikap sopan terhadap mereka yang mengharapkan kerajaan memberikan “lembu tunai” (mendapat keuntungan besar secara berterusan), bukannya melakukan kerja keras seperti orang lain,” katanya.
Beberapa petikan dalam bukunya yang akan diterbitkan nanti ada ditunjukkan kepada FMT.
Dalam bahagian berkait reformasi sektor kuasa, Yeo berkata, projek solar merupakan sebahagian daripada pelan tenaga kementerian demi meningkatkan penguasaan tenaga diperbaharui kepada 20%, menjelang 2025.
“Kami juga menetapkan dasar bahawa setiap syarikat hanya boleh membida 100MW bagi setiap pusingan bidaan sebagai batu loncatan kepada lebih banyak pemain tempatan berkembang,” katanya dalam buku itu.
“Kumpulan ini menuntut penganugerahan langsung bagi projek 2.5 kali ganda lebih besar daripada kapasiti maksimum bagi bidaan terbuka.”
Beliau berkata, kumpulan terbabit tidak mahu menjadi sebahagian daripada perjanjian di mana syarikat perlu membina loji kuasa atas risiko sendiri dan membida menawarkan bekalan kuasa kepada grid kebangsaan pad harga rendah pada masa tertentu.

“Semestinya, kumpulan ini berkeras menolak melakukan demikian. Ringkasnya, kumpulan berkenaan mahu bebas risiko penganugerahan IPP. Mereka menggunakan segala bentuk helah untuk memastikan saya berlembut, namun saya tidak akan berbuat seperti itu,” tulisnya lagi.
Katanya, penolakannya kepada tuntutan bagi kontrak langsung itu menyebabkan mereka membuat palitan imej bahawa beliau merupakan anti perniagaan.
Beliau berkata, kumpulan pelobi menolak tawaran susulan untuk turut serta mengambil bahagian dalam pelan tenaga diperbaharui.
Yeo berkata, beliau terpaksa ‘memerah otak’ semata-mata supaya bersopan menolak permintaan pelobi berkenaan.
Beliau maklum bahawa “kabel besar” dalam melobi kurang memberi kesan bagi ketika Pakatan Harapan memerintah, berbanding kerajaan Barisan Nasional dan Perikatan Nasional.
“Mengimbau kembali, saya dan pasukan gembira sudah melakukan yang terbaik melindungi kebajikan rakyat daripada lintah darat,” tulisnya.